ATM Sangkal Tuduhan Berperang dengan Ayam & Anjing

MT UMNO bakal muktamadkan keputusan penting, malam ini

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan bersidang malam ini bakal membuat beberapa keputusan penting berhubung hala tuju politik dan masa...

Hishammuddin tak tolak isu PM letak jawatan dibincang BN hari ini

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu antara inti pati pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn hari ini...

Selepas dikecam, Mat Sabu padam status desak Muhyiddin letak jawatan

Kuala Lumpur - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan...

UMNO Tolak Muhyiddin, Tukar Slogan “Yes Anwar, No DAP, No Mahathir”?

KUALA LUMPUR- Ura-ura UMNO berpaling sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperdebatkan. Awal hari ini, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk...

Agong Sedar Ada Muslihat Politik, Muhyiddin Wajar Berundur Kata Puad

Oleh: Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi Muhyiddin mesti kecewa, panas, tidak boleh tidur malam. Pertemuan di rumah beliau malam tadi memang emosi. PPBM sedang tuduh...

PETALING JAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan rasa terkesan berhubung kenyataan seorang ahli politik yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu pada 2013 sebagai “sandiwara”.

Tanpa menamakan ahli politik yang dimaksudkan, namun dipercayai ia merujuk kepada pemimpin kanan Warisan dan bekas menteri pusat Mohamaddin Ketapi.

ATM dalam satu kenyataan hari menafikan dakwaan bahawa anggotanya hanya membuat serangan ke atas “ayam dan anjing” dalam insiden berdarah itu.

Katanya, dakwaan tersebut memperlekehkan tugas serta tanggungjawab tentera serta pasukan keselamatan lain dalam mempertahankan kedaulatan negara ketika itu.

“Ini merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali. Kenyataan berkenaan turut menyinggung perasaan keluarga anggota yang terkorban baik ATM mahupun di pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Adalah ditegaskan ATM berperanan sebagai benteng pertahanan negara dengan organisasi ini sentiasa bersedia pada sebarang masa dalam melaksanakan tugas, terutamanya dalam mendepani pelbagai ancaman,” katanya.

Dalam klip video kira-kira 2 minit yang tular sebelum ini, Mohamaddin, ketika berkempen bersempena pilihan raya negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini berkata, pasukan keselamatan “mengebom kelapa sawit dan rumah”, dan “pasukan di darat berperang dengan ayam dan anjing”.

“Bila pilihan raya (PRU 2013) berakhir, tiada lagi perang,” katanya, dengan menambah semasa berkhidmat sebagai Adun sebelum ini, beliau tidak pernah menemui lanun bersenjata atau warga Filipina yang mahu mengisytiharkan perang atau mengambil semula Sabah.

Beliau berkata, ramai orang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu kerana ia “sandiwara”.

Pada 11 Februari 2013, kira-kira 200 pengganas Sulu memasuki perairan Sabah dan mendarat di Lahad Datu, sekali gus mencetuskan pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Insiden itu berakhir dengan kematian 56 pengganas, 10 anggota keselamatan dan 6 orang awam. Pengganas yang hidup ditangkap atau menyerah diri.

Konflik itu diisytihar tamat pada 10 April 2013.

Dalam pada itu ATM berkata, walau apa pun halangan atau cabaran mendatang, aspek pertahanan negara sentiasa didahulukan bagi mengekalkan kesejahteraan dan kedaulatan negara.

Ia berkata, ATM yang berusia 87 tahun pada 16 Sep 2020 lalu, telah menyaksikan banyak darah, pengorbanan dan keringat anggota terdahulu yang dicurahkan bagi memastikan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan rakyat pada hari ini sentiasa terpelihara.

“Adalah diingatkan agar rakyat Malaysia tidak sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan dan mendatangkan kemudaratan terhadap keharmonian negara,” katanya.

Ia berkata, rakyat seharusnya bersama-sama dengan pasukan keselamatan dalam menjaga kedaulatan dan maruah negara kerana ia merupakan tanggungjawab bersama. – FMT

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

MT UMNO bakal muktamadkan keputusan penting, malam ini

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan bersidang malam ini bakal membuat beberapa keputusan penting berhubung hala tuju politik dan masa...

Hishammuddin tak tolak isu PM letak jawatan dibincang BN hari ini

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu antara inti pati pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn hari ini...

Tambang Bas Awam Percuma Di Putrajaya -Annuar Musa

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, mengumumkan tambang bas awam di Putrajaya adalah percuma. " Mulai 1 November 2020 tambah bas awam di...