Calon BN Kuamut Mampu Bawa Pembangunan – Bung Moktar

- Advertisement -

TONGOD: Calon BN bagi kawasan DUN N57 Kuamut dalam Parlimen Kinabatangan, Dato’ Juhari Janan, merupakan seorang pemimpin yang cukup dikenali penduduk di kawasan berkenaan, kata Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Muktar Radin.

“Dia (Juhari) ialah calon yang berpotensi untuk menang”, kata Bung Moktar di hadapan lebih 200 orang pengundi dan petugas jentera BN DUN Kuamut di Pekan Tongod.

“Dia ini bukan orang lain, bukan orang luar, dia orang kita juga”, kata Bung sambil disambut dengan sorakan oleh mereka yang hadir.

Tambah Bung Moktar, pengundi tidak perlu mengambil kira latar belakang etnik Juhari, kerana yang penting ialah beliau mampu berkhidmat dan memajukan kawasan serta rakyat Kuamut.

Walaupun Juhari hari ini lebih dikenali sebagai Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS), beliau sebenarnya pernah aktif dalam politik UMNO di peringkat negeri dan kebangsaan.

Juhari pernah menjawat jawatan Exco Pemuda Malaysia, Ketua Pemuda Umno Negeri Sabah, Setiausaha Pemuda Umno Negeri Sabah dan Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan.

Selain itu, beliau juga terlibat sebagai pemimpin belia di mana pernah menerajui sebagai Presiden Majlis Belia Sabah dan kini sebagai Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia Sabah

Juhari akan ditentang 4 calon lain, masing-masing dari UPKO, PCS, Gagasan, dan Bebas. Penyandang kerusi DUN Kuamut dari UPKO sebelum ini, Datuk Masiung Banah akan mempertahankan kerusinya di atas tiket Bebas.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat