#PRNSabah : “Geran Tanah Kosong Tanpa Penama, Bila-Bila Masa Kerajaan Boleh Ambil Balik”

- Advertisement -

PANTAI MANIS – Bekas pengerusi komander siber Parti Warisan Sabah (Warisan) mendedahkan geran tanah yang dijadikan modal politik Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak meletakkan nama penama.

Rapahi Idris mendakwa geran tanah yang telah dan akan diserahkan hanyalah geran kosong tanpa penama yang berisiko diambil semula oleh kerajaan negeri.

“Geran tanah itu kosong tak ada nama, suatu hari nanti mereka (kerajaan Warisan) boleh tarik balik,” dakwa beliau dalam ceramah di sini, hari ini.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Politik, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata, geran tanah yang diserahkan itu adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN), Warisan hanya melakukan gimik penyerahan.

“Konon umum bagi geran tanah sedangkan geran yang diedar hasil usaha BN,” jelas beliau.

Sebelum ini, Shafie yang juga Ketua Menteri mengumumkan berita baik untuk rakyat Sabah bahawa setiap keluarga di negeri itu akan diberikan lima ekar tanah.

Hal demikian, membuatkan rakyat negeri itu tidak lagi mengharapkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Prihatin Nasional yang dianggap tidak cukup untuk sara hidup dalam tempoh setahun.

Malam ini, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mempersoalkan dari mana Shafie mahu ‘curi’ tanah begitu banyak .

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat