JAIS Tahan Semula Lelaki Mengaku ‘Rasul Melayu’

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

MCA Ucap Tahniah, Ikrar Beri Kerjasama Kepada Hishamuddin

CYBERJAYA - MCA mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu. "MCA berikrar memberi kerjasama...

Tak Perlu Bimbang Jika Darurat Diisytiharkan – Prof Dr Nik Ahmad

KUALA LUMPUR - Rakyat tidak perlu rasa bimbang sekiranya pengisytiharan perintah darurat benar-benar dilakukan oleh kerajaan. Pengamal Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr...

Dron Tak Bekal Air, Tapi Kolam Takungan ORUS Boleh Bantu Tangani Masalah – Najib

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri Najib Razak mengesyorkan kerajaan Selangor mempertimbang mewujudkan kolam takungan air di kawasan hilir dan pinggir sungai (off river...

Tiada Pengumuman PM Malam Ini

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak akan membuat sebarang pengumuman hasil mesyuarat khas kabinet atau perjumpaan beliau dengan Yang Di Pertuan...

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi menahan semula seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya Rasul Melayu satu masa dahulu.

Penahanan itu ekoran ajaran sesat itu dikesan kembali aktif semula di sekitar Lembah Klang.

Selain lelaki yang mendakwa Rasul Melayu, JAIS juga menahan sebanyak 16 pengikutnya yang berusia antara 14 dan 70 tahun di tiga lokasi berasingan sekitar Selangor.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Operasi Khas Penguatkuasaan dilaksanakan selepas kesemua mereka dipercayai mengamalkan sebuah ajaran yang difatwakan sesat pada 28 Mac 1991 dan diwartakan pada 29 Ogos tahun yang sama oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor.

Melalui risikan dan makluman awam yang diterima JAIS, ajaran tersebut dipercayai kembali aktif dengan modus operandi baharu.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat JAIS untuk siasatan lanjut. Beberapa naskhah buku, telefon bimbit, komputer riba, al-Quran terjemahan dan risalah berkaitan ajaran turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995 atas kesalahan (Doktrin Palsu); Seksyen 8, (Dakwaan Palsu) dan Seksyen 12(c) akta yang sama kerana (Menghina Pihak Berkuasa Agama).

Untuk rekod, pada Oktober 2009, Mahkamah Tinggi Syariah pernah memerintahkan lelaki tersebut dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan bersabit kes penyebaran ajaran sesat.

Justeru, menurut Mohd Shahzihan, pihaknya turut memohon kerjasama daripada orang ramai supaya memaklumkan sebarang aktiviti yang mencurigakan berkaitan kesalahan jenayah syariah kepada pihak penguat kuasa JAIS di talian Hotline 1- 800-88-2424. – MalaysiaGazette

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

Berita Berkaitan

Tak Perlu Bimbang Jika Darurat Diisytiharkan – Prof Dr Nik Ahmad

KUALA LUMPUR - Rakyat tidak perlu rasa bimbang sekiranya pengisytiharan perintah darurat benar-benar dilakukan oleh kerajaan. Pengamal Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr...

Dron Tak Bekal Air, Tapi Kolam Takungan ORUS Boleh Bantu Tangani Masalah – Najib

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri Najib Razak mengesyorkan kerajaan Selangor mempertimbang mewujudkan kolam takungan air di kawasan hilir dan pinggir sungai (off river...

Muhyiddin Beredar Dari Istana Selepas Dua Jam Menghadap Agong

KUANTAN – Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan Istana Abdulaziz di sini pada 7.10 malam tadi, selepas berada di...