Politik Solo Bawa Sabah ke Jalan Buntu – Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU, — Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menegaskan bahawa masa depan politik Sabah tidak boleh bergantung kepada pendekatan solo, sebaliknya mesti dibina atas semangat kerjasama dan perpaduan parti-parti.

Menurut beliau, bertanding secara solo mungkin mengekalkan identiti parti masing-masing, namun risiko pertandingan banyak penjuru akan hanya memecahkan undi dan melemahkan peluang untuk membentuk kerajaan stabil.

“Kalau kerjasama, tenaga dan sokongan dapat digabungkan, mesej politik lebih meyakinkan, undi tidak terpecah, dan peluang membentuk kerajaan stabil lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salleh berkata rakyat Sabah sudah letih dengan episod lompat parti dan kerajaan yang silih berganti. Persoalan utama mereka kini ialah siapa yang mampu menjamin kestabilan politik negeri untuk tempoh lima tahun penuh.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam konteks politik negara hari ini, pengundi mahu melihat siapa yang mampu bekerjasama dengan Putrajaya demi membawa pembangunan, pelaburan, peluang pekerjaan dan infrastruktur ke Sabah.

Bagaimanapun, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, mengingatkan suara Sabah dalam soal autonomi dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak boleh dikompromi. Katanya, hak negeri mesti diperjuangkan sebagai milik rakyat, bukan sekadar modal politik mana-mana pihak.

“Kepentingan peribadi mana-mana pemimpin tidak seharusnya menjadi asas pertimbangan. Perpaduan mesti dibina atas kepentingan rakyat dan masa depan Sabah. Heroisme dan usaha mencipta nama bukanlah agenda rakyat,” ujarnya.

Mengakhiri kenyataan, Salleh menegaskan bahawa dalam realiti politik hari ini, yang menang bukanlah pendekatan solo tetapi semangat perpaduan. Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat