Kalau DAP bukan liabiliti Umno, kenapa tak bagi turun kempen di Nenggiri? – Wan Ahmad Fayhsal tanya Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan bahawa DAP bukan liabiliti untuk Umno menarik sokongan orang Melayu.

Hal ini katanya, berbeza dengan tindakan Umno yang didakwa seolah-olah menyorokkan DAP ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri.

“Kalau DAP bukan liabiliti kenapa tak bagi turun kempen di Nenggiri haritu? Kenapa nak sorok-sorok rakan sepemerintahan?

“Patutlah komik promosi komunis dan hina Islam boleh lepas. Setakat sembang dalam media sosial kritik panjang lebar tapi akhirnya tetap lulus semula maknanya DAP adalah “abang besar” yang mampu mengenepikan bukan saja PKR, Amanah malah penjaga Umno yang mendabik dada sebagai pelindung Melayu/Islam dalam Kerajaan Madani,” bidas Ahli Parlimen Machang itu.

Jadi betul ke apa yang Zahid katakan bahawa DAP bukan liabiliti kepada Umno, soal beliau.

“Kalau betul baguslah, teruskan! katanya lagi.

Zahid sebelum itu memberitahu Sinar Harian, perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan pemimpin parti Kerajaan Perpaduan terutamanya antara DAP dan Umno tidak boleh dianggap sebagai satu liabiliti untuk menarik sokongan orang Melayu.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana pandangan yang berbeza itu bukan mewakili pendirian rasmi parti, sebaliknya pandangan peribadi individu terbabit.

“Dalam keadaan sekarang, perbezaan pendapat itu memang kita raikan. Semua parti politik juga meraikan perbezaan pendapat dalaman dan jika sesebuah parti didapati memberikan pandangan yang agak berbeza tetapi itu pandangan yang dikeluarkan bukan peringkat kepimpinan atasan parti, tetapi peringkat pertengahan dan bawahan.

“Namun dalam keadaan begitu, apabila sesuatu keputusan dibuat di peringkat Sekretariat Kerajaan Perpaduan, perkara (perbezaan pendapat) ini tidak timbul.

“Apabila sesebuah parti itu diberi persepsi sebagai liabiliti (sedangkan) ia tidak menjadi liabiliti yang sebenar. Selagi keputusan parti tidak memihak kepada sesuatu pendapat, maka keputusan parti itu menjadi keutamaan,” katanya.

Pemimpin Umno dan DAP sering berbalas serangan susulan perbezaan pendapat dalam beberapa isu yang mencetuskan ketegangan dalam negara antaranya stoking tertera kalimah ALLAH di sebuah rangkaian kedai serbaneka, pembatalan perintah larangan penerbitan komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama (BRI) dan sebagainya.

Sementara itu, Zahid yang juga Pengerusi BN turut menjelaskan, DAP juga tidak pernah membantah sebarang perbincangan mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu.

“Kamu semua tidak tahu bahawa dalam (mesyuarat) Kabinet, kalau pun perkara itu (kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu) dibincangkan, tidak ada pun bantahan daripada parti (DAP) yang kononnya sangat tidak suka perkara ini.

“Ini realiti sebab kebetulan pemimpin parti itu (DAP) duduk sebelah kanan saya dalam mesyuarat Kabinet. TIdak pernah sekali pun (dan) ini hanya persepsi,” katanya.

Beliau berkata, persepsi itu hanya dibuat pihak lawan untuk melihat part-parti dalam Kerajaan Perpaduan menjadi tidak harmoni.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat