Zahid akui BN, UMNO sedang dilanda penolakan besar rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui, Barisan Nasional (BN) dan UMNO kini sedang menghadapi penolakan besar rakyat, sekali gus memerlukan gabungan parti itu bergerak lebih agresif membina semula keyakinan mereka.

Pengerusi BN yang juga Presiden Umno itu, berkata bukan suatu yang mustahil untuk BN kembali diyakini rakyat, memandangkan situasi sebegitu dianggap lumrah biasa dalam politik.

“Dalam cabaran yang kita hadapi sekarang, ketika Umno dilanda penolakan orang Melayu. UMNO, MIC, MCA dan PBRS harus bangun semula dapatkan dokongan rakyat.

“(Penolakan) ini memberi landskap yang tidak sihat (kepada negara). Sokongan (kepada BN) yang merudum pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh dibina semula,” katanya berucap melancarkan pembinaan bangunan baru MIC lapor BH pada Isnin.

Turut sama hadir, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan timbalannya, Datuk Seri M Saravanan.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, gabungan BN tidak boleh mempunyai agenda untuk meminggirkan di antara satu sama lain dalam usaha membina semula sokongan rakyat kepada BN.

“Jangan ada agenda meminggirkan antara satu sama lain. Kita kena sokong antara UMNO, MIC, MCA serta PBRS dan juga rakan-rakan dalam Friends of BN.

“Sejarah sering ada putarannya. Kita sedang hadapi penolakan ini, yang agak ke bawah (kedudukan BN). Tapi tidak selalunya yang di bawah ini akan terus di bawah kalau kita ada usaha untuk naikkan,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dianggap jalan terbaik memulihkan semula imej gabungan itu, disamping memerlukan komitmen tinggi parti komponen di semua peringkat.

“Saya yakin BN akan naik semula selepas cabaran ini kita hadapi dan dapat diatasi. Apa yang terbaik adalah rangkaian (kerjasama) kita dalam PH.

“Kombinasi kita dengan PH walaupun belum menampakkan keyakinan yang baik, (namun) tempoh ini baru sembilan bulan bagi BN dan rakan-rakan dalam PH untuk bina semula sokongan.

“Komitmen bukan hanya (diperlukan dari) kepimpinan atasan, tapi di semua peringkat tidak kira nasional, negeri, Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) wajib kita susun semula dan kembalikan keyakinan ini,” katanya.

Pada PRU ke-15 November lalu, BN hanya menang di 30 kerusi Parlimen dari 222 yang ditandingi mereka, sementara pada PRN, BN sekadar menang di 19 kerusi DUN dari 108 kerusi yang ditandinginya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat