Polis Buat Lencongan Jalan Raya Di 88 Lokasi Sekitar Ibu Kota

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis akan membuat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu negara mulai 9 pagi Sabtu berikutan terdapat maklumat ada pihak yang merancang mengadakan perhimpunan atau perarakan, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata antara jalan yang terlibat adalah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Loke Yew, Jalan Tun Sambathan, Jalan Bukit Bintang, Masjid Negara dan Bulatan Sultan Hishamuddin.

“Turut terlibat dalam lencongan jalan raya adalah Jalan Kuching, susur Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Jalan Istana dan Bulatan Sungai Besi.

“Polis menasihatkan warga kota khususnya pengguna jalan raya agar mengelakkan melalui jalan-jalan berkenaan dan mematuhi arahan polis untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal dan lancar,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sarifudin berkata orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai polis terdekat untuk sebarang pertanyaan.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat