Hishammuddin Ziarah Pejuang Kanser

- Advertisement -

SEMBRONG: Ahli Parlimen Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien mengambil kesempatan hari minggu untuk menziarahi adik Tan Jing Ming, 10 tahun, seorang pejuang pesakit kanser.

Kata Hishammuddin, beliau amat seronok adik Jing Ming ceria dan bersemangat walaupun tengah berjuang melawan penyakit kanser.

Apa yang mencuit hati kata Hishammuddin, adik Jing Ming memujinya dirinya ‘handsome’ dan Hishammuddin membalas ‘sekarang saya sudah tua’.

“Adik Tan Jing Ming beritahu, 10 tahun lepas beliau pernah nampak saya dari jauh – beliau cakap very handsome! Saya cakap sekarang saya dah tua. Tetapi beliau kata still handsome!

” Thank you Tan Jing Ming. Seronok tengok awak ceria dan semangat walaupun tengah berjuang lawan kanser – take care!”. Ujar Hishammuddin.

Kata Hishammuddin lagi, melalui program #Sembrongkita, penyampaian bantuan tidak kira bangsa ataupun agama, setiap keluarga kami santuni dengan penuh semangat kekeluargaan.

” Ziarah rumah ke rumah sampaikan bantuan tadi. Tidak kira bangsa ataupun agama, setiap keluarga kami santuni dengan penuh semangat kekeluargaan – inilah keistimewaan #SembrongKita yang akan terus menjadi kekuatan Parlimen Sembrong P153 ini sampai bila-bila.” jelasnya di Facebook. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,581FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat