PRK Slim: Najib Yakin Kemampuan Jentera & Calon BN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, beliau berpuas hati dengan kempen yang dijalankan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Slim setakat ini.

Dalam rakaman video yang disiarkan di laman Facebook beliau itu, Najib turut menyifatkan calon BN, Mohd Zaidi Aziz sebagai seorang yang disenangi pengundi di Slim.

“(Zaidi) seorang anak tempatan yang faham dengan masalah setempat dan seorang yang mempunyai kemampuan, kepimpinan yang amat baik. Oleh itu saya yakin saudara Zaidi akan meneruskan kerja-kerja bertemu hampir dengan semua pengundi, jangan terhenti momentum ini, Insya Allah sampai 29hb nanti akan dapat kejayaan seperti mana yang kita harapkan”.

Najib turut menyifatkan peranan pengundi luar dalam PRK Slim ini sebagai sangat besar dan penting. Justeru beliau meminta mereka untuk pulang dan menunaikan tanggungjawab mereka semasa hari pengundian pada 29 Ogos nanti.

Jika BN menang kata Najib, Slim akan mempunyai masa depan yang sangat cerah kerana keupayaan parti itu membawa perubahan dan menyelesaikan masalah rakyat setempat, telah terbukti kemampuannya.

sumber: FB Najib Razak

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat