Keputusan jual The Red Warriors diputuskan hari ini

- Advertisement -

 

CYBERJAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membuat keputusan terakhir berhubung penjualan pasukan The Red Warriors (TRW) selepas mengadakan perbincangan dengan pelabur, Norizam Tukiman, di Kuala Lumpur, hari ini.

Setiausaha Agung KAFA Husin Deraman berkata kedua-dua pihak telah bertemu pada Khamis untuk proses taklimat sebelum perbincangan seterusnya hari ini.

“Keputusan akan dibuat sebelah petang sebelum diumumkan,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Norizam atau dikenali dengan Zamsaham itu antara individu yang berminat membeli pasukan itu.

Sementara itu, Norizam, ketika ditemui pemberita, berkata kehadiran beliau ke negeri itu untuk melihat sendiri keadaan yang dilalui KAFA ketika ini.

“Kehadiran saya bagi mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan pasukan Kelantan. Harap penyokong doa yang baik-baik untuk kami berjumpa jodoh dengan pasukan Kelantan.

“Saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan selanjutnya untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak,” katanya.

Baru-baru ini KAFA mengumumkan terdapat tiga pihak berminat untuk membeli pasukan dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Ia berikutan usaha KAFA mencari pembeli untuk membantu meringankan beban pasukan, sekali gus melengkapkan proses penswastaan skuad TRW itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat