Rea tinggalkan Kool FM

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyampai radio Kool FM, Rea mengesahkan sudah tidak lagi berkhidmat di stesen radio itu.

Ia selepas Rea dilihat menukar nama akaun Instagram kepada @tengku.rea sekali gus menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Sebelum ini Rea, 32, atau nama sebenarnya Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad menggunakan akaun @rea_koolfm.

Rea ketika dihubungi berkata, dia bakal berkongsi perkara itu dalam waktu terdekat ini.

“Terima kasih kepada semua yang sudah ambil berat. Insya-Allah saya akan berkongsi perkara ini dalam masa terdekat menerusi sesi siaran langsung di Instagram.

“Namun, bagi menjawab persoalan ramai, ya saya sudah tidak lagi menjadi penyampai radio Kool FM,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum berkhidmat dengan Kool FM, Rea pernah menjadi penyampai di Hot FM selama empat tahun.

Sepanjang empat tahun bersama Kool FM, Rea mengendalikan segmen dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Terdahulu, penyampai radio Fizi dan Mark Adam mengumumkan mereka ditamatkan kontrak dari Hot FM, kelmarin.

Sementara itu, platform radio Media Prima, RIPPLE mengumumkan rancangan transformasi perniagaan susulan perlantikan kepimpinan kanan baharu yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Nazri Noran serta pelantikan Aaron Pinto sebagai Ketua Pegawai Kandungan RIPPLE dan Datuk Jake Abdullah sebagai pakar runding kepada RIPPLE.

Nazri dalam satu kenyataan berkata, transformasi perniagaan membabitkan perubahan operasi termasuk perubahan kandungan dan barisan penyampai untuk semua stesen radio RIPPLE.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat