Ashton Kutcher tak jadi ke angkasa lepas

- Advertisement -

Pelakon, Ashton Kutcher terpaksa menjual semula tiket penerbangannya ke angkasa lepas selepas tidak mendapat persetujuan isterinya yang juga pelakon, Mila Kunis.

Dalam temubual bersama portal berita antarabangsa, Kutcher yang sepatutnya terbang bersama syarikat pelancongan angkasa lepas, Virgin Galactic terpaksa akur dengan permintaan isterinya.

“Menurut isteri saya, meneroka angkasa lepas bukanlah keputusan terbaik untuk orang yang berkeluarga dan ada anak-anak yang masih kecil.

“Jadi, saya jual semula tiket saya kepada Virgin Galactic,” katanya.

Bagaimanapun, impiannya untuk meneroka angkasa lepas itu tidak akan pernah padam.

“Saya sepatutnya berada dalam pesawat yang akan terbang tidak lama lagi, tapi nampaknya tidak kesampaian. Namun, satu hari nanti saya akan ke angkasa lepas juga,” katanya.

Virgin Galactic adalah syarikat milik hartawan Richard Branson dan minggu ini sudah memulakan penerbangan bersama pasukannya ke angkasa lepas.

Rombongan itu menaiki pesawat SpaceShipTwo yang proses penghasilannya memakan masa hampir dua dekad.

Setakat ini, hampir 600 individu sudah menempah tiket penerbangan ke angkasa lepas dengan harga antara RM846,400 hingga RM1 juta.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat