Langgar SOP Solat Aidiladha: 49 Lelaki Sudah Ditahan – Polis

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM: Polis telah menahan 49 lelaki bagi membantu siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan solat sunat Aidiladha di atas jalan berhampiran Surau Taman Pelangi, Juru, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tangkapan membabitkan 48 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan itu dibuat sejurus polis menerima laporan berkenaan insiden tersebut.

Semua mereka ditahan di kawasan taman perumahan itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk siasatan lanjut.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya di sini, malam ini.

Petang tadi, media melaporkan polis mengesan lebih 200 warga asing yang melanggar SOP dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di atas jalan di kawasan itu.

Mohd Shuhaily dilaporkan berkata, kumpulan itu didapati berbuat demikian selepas pengurusan surau tidak membenarkan mereka solat di dalam surau berikutan melebihi had ditetapkan.

Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi 22 saat memaparkan kumpulan lebih 200 warga asing melakukan solat sunat Aidiladha di atas jalan raya di Taman Pelangi.

Menurut Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sebelum ini, solat sunat Aidiladha hanya dibenar dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah (100) serta surau (50).

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,540FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat