Darurat Di Indonesia Dilanjut Sehingga 25 Julai – Jokowi

- Advertisement -

PRESIDEN Indonesia Joko Widodo hari ini secara rasmi mengumumkan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat atau ‘lockdown’ di republik itu dilanjutkan sehingga 25 Julai.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata, lanjutan berkenan terpaksa dilakukan untuk menurunkan angka penularan COVID-19.

“Namun kita selalu memantau, memahami dinamika di lapangan dan mendengar suara-suara masyarakat terjejas dengan PPKM,” katanya pada perutusan secara langsung di laman Instagram rasminya, pada Selasa.

Pada 1 Julai lalu, beliau mengumumkan pelaksanaan darurat itu dalam usaha membendung penularan COVID-19 di Jawa dan Bali, bermula 3 hingga 20 Julai.

Jokowi dalam pada itu turut mengumumkan, sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat bermula 26 Julai jika trend bilangan kes harian COVID-19 menunjukkan penurunan.

“Jika trend kes terus mengalami penurunan, maka pada 26 Julai 2021, pemerintah akan melakukan pembukaan bertahap,” tambahnya.

Pada Isnin, Indonesia mencatatkan 1,338 kes kematian harian akibat COVID-19, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini walaupun angka kes baharu berkurang kepada 34,257.

Indonesia meneruskan dengan langkah-langkah tegas untuk mengekang pandemik itu dengan mengenakan larangan solat sunat berjemaah Aidiladha di Pulau Jawa dan Bali.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat