Tiada Keperluan Sembahyang Jumaat 2 Sesi – Mufti Kelantan

- Advertisement -

KELANTAN – Sembahyang Jumaat tidak perlu dilaksanakan secara dua sesi di Kelantan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) kerana jumlah masjid sedia ada mencukupi.

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad berkata sembahyang Jumaat dua sesi hanya untuk negara-negara yang tidak mempunyai bilangan masjid yang cukup bagi melaksanakan ibadat itu secara serentak dalam keadaan jarakan sosial, namun di Kelantan, malah di seluruh negara, jumlahnya mencukupi.

“Kelantan sendiri mempunyai 603 buah masjid dan jumlah itu setakat ini mampu menampung jemaah terutamanya bagi melaksanakan sembahyang Jumaat. Tidak perlu dua sesi…di Kelantan dan seluruh negara, cukup hanya satu sesi sahaja seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini dilaporkan berkata Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan sembahyang Jumaat kekal dilaksanakan dalam satu sesi sahaja.

Bagaimanapun, mesyuarat itu juga sedia maklum setiap negeri mempunyai hak untuk melaksanakan sembahyang Jumaat dua sesi jika pihak majlis agama negeri mahu ia dilaksanakan.

Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat