Pembangkang Persoal Tempat Duduk Di Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu tempat duduk Ahli Parlimen menjadi topik hangat pada sidang parlimen hari semalam. Ia dibangkitkan oleh segelintir Ahli Parlimen Pembangkang yang merasa tidak puas hati apabila ada diantara mereka ditempatkan di galeri awam yang dikhaskan untuk orang awam.

“Tidak selesa dan menyusahkan pergerakan dalam didalam dewan, kalau dulu tempat selesa, sekarang sudah sempit, kalau jatuh tersungkur lagi teruk, siapa nak jawab?

“Apakah Tuan Speaker cuba menghalang kami untuk berbahas? nak adil letakkan sama Ahli Parlimen Perikatan Nasional seperti kami, kenapa pembangkang sahaja duduk di galeri awam?

Perkara itu dibangkit oleh Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dan Petaling Jaya Maria Chin Abdullah yang meminta penjelasan daripada Speaker Dewan Rakyat penjelasan penetapan tempat duduk baharu sebelum sesi perbahasan bermula.

“Bukan untuk mengekang (untuk berbahas). Saya fikir duduk di sini lebih baik dan tak berapa gelap supaya kita nampak. Saya sedang berusaha untuk letakkan seberapa banyak mikrofon.

“Ini untuk percubaan. Sebab itu kita nak cuba buat (perubahan tempat duduk), saya engage dengan parti whip, bukan buat secara unilateral. Kita dalam keadaan COVID-19. Kalau dapati tak sesuai,  kita akan ubah semula,” kata Datuk Azhar Harun.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon ketika mengendalikan sesi pagi semalam memaklumkan perubahan beberapa tempat duduk ahli Parlimen bagi memberi keselesaan kepada mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Perubahan itu melibatkan sebahagian ahli Barisan Nasional (BN) Backbenchers dipindahkan ke barisan belakang di blok utama dewan.

“Beberapa ahli lain ditempatkan di tempat duduk pegawai di sebelah kanan saya, manakala Ahli Parlimen pembangkang yang duduk di tempat duduk pegawai di kiri saya kini dipindahkan ke galeri awam di belakang sana.

“Perubahan tempat duduk terkini ini turut mengambil kira peraturan agar pengerusi dapat memandang ahli Yang Berhormat semasa sesi pertanyaan dan perbahasan selaras dengan peraturan mesyuarat 35 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.

Mohd Rashid berkata Azhar juga telah melakukan tinjauan peribadi tempat duduk ahli dewan dan berbincang dengan ahli yang mewakili blok kerajaan dan pembangkang sebelum memutuskan demikian bagi memberi keselesaan kepada ahli Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat