Pembaikkan Tanah Mendap Di Klang Dijangka Siap Petang Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 21 Julai  — Kerja-kerja pembaikan paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang dijangka siap pada pukul 6 petang, esok.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekalan air akan disalurkan kepada pengguna selepas kerja pembaikan siap dan dijangka pulih sepenuhnya di kawasan terlibat pada 6 pagi, Khamis (23 Julai).

Bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki ke kawasan terlibat di wilayah Klang dan Kuala Langat telah digerakkan bagi membantu pengguna yang terjejas.

“Para pengguna boleh menghubungi talian 15300 dan Whatsapp 019-2800919 atau 019-2816793 untuk memohon bantuan bekalan air kecemasan ini,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi di Facebook, Twitter, Instagram dan aplikasi telefon pintar Air Selangor atau layari laman web di www.airselangor.com.

Semalam dilaporkan, beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan paip pecah di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang berikutan tanah mendap yang berlaku di tapak kerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat