GPMS Sokong Kementerian Pendidikan Tambah Guru, Selesai Masalah Di Pedalaman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Inisiatif pengambilan khas seramai 18,702 guru secara ‘one-off’ usaha terbaik Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru terutama di beberapa sekolah di kawasan pedalaman.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor, berkata pihak terbabit berjaya merangka mekanisme baharu dalam penilaian pengambilan guru baharu bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru dalam beberapa subjek kritikal.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya menyokong usaha dilakukan KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP).

“Secara tidak langsung, hal ini juga serampang dua mata kepada masalah penempatan graduan Institut Pendidikan Guru (IPG),” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Semalam KPM mengumumkan akan membuat pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, dilaporkan berkata ia akan membabitkan pengambilan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41.

Iklan pengambilan itu akan disiarkan pada 7 Julai ini, manakala penempatan secara berperingkat bermula Oktober nanti.

Sementara itu, Mohd Anas berkata, usaha itu juga mampu memberikan peluang kepada graduan bukan ikhtisas pendidikan menjadi guru dengan menilai latar belakang pendidikan calon terbabit.

Katanya, ia sekali gus dapat memastikan bidang pendidikan negara terus dipertingkat menjadi lebih baik.

“Program seperti itu adalah pelan yang akan memberikan impak positif untuk jangka panjang terutama selepas negara pulih daripada pandemik Covid-19.

“GPMS mengharapkan yang terbaik kepada bakal guru dan graduan ikhtisas pendidikan. Ambil peluang ini dan galas amanah mendidik anak bangsa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat