Tidak bawa usul undi tidak percaya terhadap PM, pembangkang umpama ‘langau politik’ – Salahuddin

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Pembangkang umpama ‘langau’ politik kerana hanya membangkitkan mengenai keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi tidak membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu, di Parlimen, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Salahuddin menegaskan, pembangkang sepatutnya menggunakan sesi sidang parlimen yang akan bermula esok dengan mengemukakan usul undi tidak percaya jika benar sudah mempunyai cukup sokongan.

Jelas beliau, perdana menteri telah mencabar secara terbuka untuk pembangkang membawakan usul undi tidak percaya di parlimen.

“Datuk Seri Anwar dengan berani dan secara terbuka telah mencabar pembangkang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya di parlimen.

“Sepatutnya mereka (pembangkang) menggunakan peluang pada sidang parlimen dengan membawa usul tersebut.

“Jadi bila mereka tidak membawa usul undi tidak percaya ini, saya bolej sifatkan mereka umpama ‘langau-langau’ politik sahaja,” kata kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Metrologi 2023 pada Ahad.

Semalam, Pejabat Ketua Pembangkang memaklumkan Perikatan Nasional (PN) tidak mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat, yang akan bermula Isnin ini.

Pejabat Ketua Pembangkang berkata, tiada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang mengemukakan usul itu kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Perkembangan itu menyaksikan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tidak berdepan ‘ujian keabsahan’ sepanjang sesi Dewan Rakyat kali ini.

Sebelum ini terdapat laporan yang mendakwa terdapat usaha pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PN menafikan terdapat gerakan menjatuhkan kerajaan perpaduan yang diterajui Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat