Polis Cedera Parah Kena Rempuh Kereta Terbabas

- Advertisement -

KUANTAN – Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh kereta yang terbabas akibat terlanggar lopak air, petang semalam.

Kemalangan itu berlaku di Kilometer 234.7 Lebuh raya Pantai Timur 1 (LPT1) dekat susur Gambang, jam 6.45 petang.

Mangsa ketika itu sedang melakukan kawalan lalu lintas susulan berlaku kemalangan lain di lokasi itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa adalah anggota unit kereta peronda (MPV) Bukit Aman.

“Akibat kejadian itu, mangsa berusia 40 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan muka, manakala seorang lagi anggota berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berkenaan berlaku ketika mangsa berada di luar kenderaan melakukan kawalan kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan lain yang terbabas.

”Ketika membuat kawalan itu, sebuah kenderaan dari arah sama dipercayai terlanggar lopak air di lorong kanan sebelum terbabas dan melanggar mangsa dan MPV digunakan anggota berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Wan Mohd Zahari memberitahu, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi rawatan lanjut di zon merah.

”Keadaan mangsa stabil dan ujian x-ray mengesahkan kaki sebelah kanan mangsa patah.

“Satu lagi ujian – ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) pada bahagian kepala pula akan dijalankan selepas tekanan darah stabil,” katanya lagi.

Wan Mohd Zahari berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat