Malaysia Akan Terus Bekerjasama Dengan AS dalam Isu Iklim – Perdana Menteri

- Advertisement -

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam isu yang melibatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui, pengurangan pelepasan gas metana, dan kewangan dan teknologi iklim.

Perkara itu disampaikan Anwar Ibrahim semasa panggilan telefon yang diterima daripada Utusan Khas Presiden Amerika Syarikat untuk iklim, John Kerry pada Jumaat lalu.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya, Anwar berkata mereka membincangkan pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh diperbaharui dan perubahan iklim yang semakin teruk serta kesan buruknya di seluruh dunia, sambil menambah beliau juga bercakap mengenai aspirasi Malaysia untuk mencapai sifar pelepasan GHG (gas rumah hijau) seawal tahun 2050.

Anwar juga menegaskan bahawa sebagai salah sebuah negara maju, Amerika Syarikat harus menjadi peneraju dalam membendung perubahan iklim dan kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.

Jelas Anwar ini boleh dilakukan dengan menyediakan bantuan kewangan, kapasiti dan sokongan teknologi yang mencukupi untuk membantu negara membangun melaksanakan agenda dan tindakan iklim masing-masing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat