Janggal apabila gambar pemimpin UMNO hilang semasa Konvensyen Kerajaan Perpaduan – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Bahagian UMNO Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien merasa janggal apabila gambar pemimpin UMNO hilang semasa hari Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) minggu lalu.

Beliau menggesa satu penjelasan kepada akar umbi parti mengenai hubungan yang wujud dalam kerajaan yang turut disertai UMNO perlu diberikan agar mereka memahami situasi sebenar.

“Saya faham konvensyen itu diperlukan kerana beberapa gabungan parti mesti disatukan untuk kestabilan politik negara dan kerajaan.

“Tetapi saya lihat sendiri ada beberapa perkara yang agak janggal apabila ia diadakan di Dewan Merdeka, iaitu rumah UMNO sendiri. Apabila gambar-gambar bekas pemimpin kita (UMNO) yang telah banyak berkorban untuk perjuangan parti ‘dihilangkan’ dalam Dewan Merdeka semasa konvensyen, saya rasa ia tidak kena.

“Penjelasan kepada akar umbi berhubung kait dengan hubungan yang wujud sekarang perlu dijelaskan,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan, perhimpunan di Dewan Merdeka WTCKL pada 14 Mei lalu mencipta sejarah politik tanah air apabila parti keramat orang Melayu itu mengumumkan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) pada 24 November 2022.

Terdahulu pada minggu lepas, tumpuan orang ramai dan pemerhati politik terarah ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur yang menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti yang membentuk kerajaan perpaduan bagi membina kerjasama lebih utuh pada masa depan.

Kemuncak konvensyen bertemakan ‘Madani Mewajahi Masa Depan Malaysia’ itu bermula pada pukul 3.30 petang dengan amanat Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum berakhir dengan deklarasi konvensyen.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat