Lebih 20 ribu hadir rumah terbuka Parlimen Kuala Kangsar

- Advertisement -

KUALA KANGSAR – Seramai lebih 20,000 pengunjung menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022 Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid bermula 11 pagi hingga 5 petang.

Bertempat di Dewan Jubli Kuala Kangsar, orang ramai tidak putus-putus hadir dan menjamu selera dengan lebih 36 jenis gerai makanan disediakan khusus buat penduduk di sekitar Perak terutama warga Kuala Kangsar.

Sementara itu, dalam majlis yang sama Datuk Mastura turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Panjut 2.0 yang diadakan menjelang sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Pintu Gerbang Kampung Kepala Bendang telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Panjut 2.0 pada 29 April 2022 yang lalu dan mendapat hadiah wang berjumlah RM5000 serta sijil penghargaan.

Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Padang Changkat dengan membawa hadiah wang RM3000 diikuti Sayong Lembah dengan mendapat tempat ketiga dan memenangi wang RM2000 dalam acara tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat