Selebriti Barat Suarakan Sokongan Untuk Palestin.

- Advertisement -

Apabila keganasan Israel terus meningkat dalam konflik Israel-Palestin, beberapa selebriti muncul dengan sokongan untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin.

Menggunakan hashtag ‘FreePalestine’ atau ‘SaveSheikhJarrah’, barisan selebriti kategori ‘A-Lister’ ini menggunakan media sosial untuk menyuarakan pandangan dan kebimbangan mereka mengenai keadaan tersebut.

Berikut adalah beberapa selebriti yang lantang menyuarakan pendapat mereka di media sosial.


Mark Ruffalo
Bintang Avengers menghantar ciapan yang jelas menunjukkan sokongan beliau terhadap rakyat Palestin dengan menyatakankan bahawa seramai 1,500 orang sedang dihalau di Jerusalem.
” 200 protestan cedera. Sembilan kanak-kanak terbunuh. Dahulu sekatan dunia terhadap Afrika Selatan telah membebaskan orang kulit hitam – kini telah tiba masa sekatan juga dilakukan untuk membebaskan rakyat Palestin. Ikut Seruan ini. #SheikJarrah.”

free palestine
Bella Hadid
Supermodel Amerika berdarah keturunan Palestin ini adalah antara salah seorang yang terawal bersuara menentang keganasan ini. “Ini bukan isu agama. Ini juga bukan untuk menyebar kebencian pada seseorang atau orang lain. Ini mengenai penjajahan Israel, pembersihan etnik, penjajahan ketenteraan dan apartheid ke atas rakyat Palestin yang telah berlangsung selama bertahun-tahun” katanya dalam salah satu hantarannya.

Zayn Malik
“Saya menyebelahi rakyat Palestin dan menyokong penentangan mereka terhadap penjajahan dan melindungi hak asasi mereka. Hati saya pilu melihat keluarga yang kehilangan orang tersayang, ” kata penyanyi itu dalam hantarannya di Instagram. “Kita tidak boleh berdiam diri terhadap kanak-kanak yang menjadi yatim piatu, dibunuh dan tidak menuntut hak asasi untuk rakyat Palestin! Ini mesti berakhir. Bebaskan Palestin, ” tambahnya.


Gigi Hadid
Model ini mengikuti langkah kakaknya, beliau juga sering berkongsi pandangan mengenai keganasan terhadap rakyat Palestin. “Seseorang tidak boleh menyokong untuk kesaksamaan kaum, LGBT dan hak-hak wanita, mengecam rejim yang korup, ganas dan ketidakadilan lain tapi memilih untuk mengabaikan penindasan rakyat Palestin. Ia tidak masuk akal, ” katanya.


Ibtihaj Muhammad
Pemain pedang Olimpik skuad nasional Amerika Syarikat, menyatakan solidariti beliau bersama rakyat Palestin di Sheikh Jarrah dan Tebing Barat. “Kita harus berhenti menormalkan ‘dehumanisasi’ rakyat Palestin. Kita semua berhak menjalani kehidupan yang bebas dari keganasan & ketakutan. Cukuplah cukup,” tulisnya.

dualipa
Dua Lipa
Penyanyi itu telah menyiarkan beberapa kisah Instagram dengan menggunakan hashtag #SaveSheikhJarrah, bersama karya seni dari dua pereka Mothanna Hussein dan Hadi Alaeddin. “Keluarga Al Kurd adalah salah satu daripada empat keluarga di Sheikh Jarrah yang berada dalam bahaya yang akan diusir esok. Mereka telah berjuang selama beberapa dekad untuk hak asasi dan hanya untuk terus tinggal di rumah pada masa kecil mereka, tulisnya, beliau turut meminta agar para peminatnya untuk mendidik diri mengenai isu ini.


Darren Sammy
Bintang kriket India Barat menyatakan kekecewaannya terhadap situasi itu dalam satu ciapannya baru-baru ini. “Saya tidak faham mengapa ianya begitu sukar untuk melayan orang lain sepertimana anda mahu dilayan, atau lebih baik lagi, layan satu sama lain sebagai manusia. #PrayForPalestine,” tulisnya.


Rashid Khan
Pemain kriket Afghanistan mengecam pembunuhan kanak-kanak di Palestin dalam satu ciapan. “Sebagai atlet yang bermain kriket di seluruh dunia, saya ingin melihat dunia ini tidak berperang. Saya tidak mahu menyaksikan orang terbunuh di #Afghanistan & #Palestine. Tidak ada kejahatan yang lebih keji daripada pembunuhan kanak-kanak. Saya mahu anak-anak ini bangun dari tidur dengan bunyi ciapan burung dan bukannya bom, ”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat