Kemusnahan Palestin, Israel Perlu Bertanggungjawab – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Negara Israel perlu bertanggungjawab atas kemusnahan yang mereka lakukan terhadap negara Palestin  selama ini walaupun Israel dan Hamas telah mengisytiharkan genjatan senjata pada pagi Jumaat tadi.

Ketegasan itu disuarakan oleh Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien dengan berkata, masyarakat antarabangsa tidak boleh terus melupakan penderitaan rakyat Palestin dan mesti terus mendesak Israel untuk hentikan segera penjajahan mereka di Palestin.

Dan katanya lagi, di sebalik genjatan senjata, Malaysia tetap mahu Israel dipertanggungjawabkan atas segala kemusnahan dan kezaliman terhadap negara dan rakyat Palestin.

“Sebagai negara yang sentiasa menyokong padu  Palestin, Malaysia menyambut baik genjatan senjata tanpa syarat di Gaza bermula hari ini selepas 11 hari Israel melakukan kezaliman yang mengorbankan ratusan nyawa dan mencederakan ribuan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak. Genjatan senjata penting untuk mengelak lebih banyak kemusnahan dan nyawa terkorban.

“Pendirian Malaysia jelas – semua pihak yang terlibat harus menghormati dan mematuhi genjatan senjata ini. Ambil kesempatan daripada genjatan senjata ini untuk kurangkan ketegangan serta mencari jalan penyelesaian yang aman dan berpanjangan,” ujar beliau.

Tegasnya lagi, Malaysia juga mahu Israel berhenti mencabuli undang-undang antarabangsa.

“Buat masa ini, seperti saya sebut pagi tadi, fokus perlu terarah kepada usaha bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula di Gaza. Malaysia akan bantu sehabis baik termasuk sedia terlibat dan menyokong inisiatif membina semula satu-satunya makmal ujian #COVID19 di Gaza yang di-bom pihak Israel.

“InsyaAllah, sokongan Malaysia kepada Palestin tetap teguh dan utuh sampai bila-bila!, katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat