Angelina Jolie dihurung lebah

- Advertisement -

Los Angeles: Bintang Hollywood, Angelina Jolie, 45, menyahut cabaran mengambil potret dihurungi lebah hidup selama 18 minit.

Jolie juga mendedahkan dia tidak mandi selama tiga hari bagi menjalani penggambaran itu.

Jolie berkata, tugasan itu bukan mudah tetapi dia berjaya menenangkan diri dan mengakui ia pengalaman yang cukup unik buatnya.

“Saya rasa begitu seronok dapat bersatu dengan makhluk indah ini. Semestinya ada rasa berdengung. Saya kena diam dan berdiri tegak. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk saya.

“Saya perlu letakkan penutup di lubang hidung dan telinga supaya tidak dimasuki lebah. Saya juga tidak dibenarkan mandi untuk tiga hari.

“Mereka (penjaga lebah) kata, jika saya ada wangian syampu dan minyak wangi, lebah itu tidak dapat kesan saya ini apa. Mereka tidak mahu lebah itu keliru sama ada saya adalah bunga,” katanya.

Penggambaran itu dibuat untuk National Geographic yang bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan lebah. Ia juga bertujuan untuk memperingati Hari Lebah Sedunia semalam.

Jolie turut mengakui projek itu satu penghormatan besar buatnya.

Katanya, dia sangat teruja untuk menjadi jurucakap untuk aktiviti penjagaan lebah dan kepentingannya dalam ekosistem dunia.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat