Titah Diraja Bukti Jelas Keabsahan Kerajaan PN

Pembukaan Sekolah Di Seluruh Negara Pada 20 Januari Ditangguhkan – KPM

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan...

PMO Nafi Dewan RM35 Juta Runding Terus

CYBERJAYA - Pejabat Perdana Menteri (PMO) bertindak pantas dengan tampil menafikan projek pembinaan sebuah dewan di Parlilmen Pagoh bernilai lebih RM35 juta dibuat secara...

Peruntukan RM35 Juta Untuk Bina Tiga Dewan Di Parlimen Pagoh – PMO

CYBERJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan media hari ini menjelaskan peruntukan RM35.43 juta adalah untuk pembinaan tiga dewan di Parlimen Pagoh. Kenyataan...

Naib Presiden PAS Positif Jangkitan Covid-19

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada ahli Pas dari Kelantan. Memetik laporan dari Malaysiakini,...

Seorang Maut, Dua Lagi Cedera Dalam Letupan Di Kilang

PASIR GUDANG - Seorang jurukimpal maut manakala dua rakannya cedera selepas berlaku letupan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, di sini hari...

KUALA LUMPUR- Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada istiadat pembukaan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara Isnin lalu, menjadi bukti jelas keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk, berasaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kepimpinan parti politik PN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan, titah baginda itu juga memberi dorongan semangat dan kekuatan kepada kerajaan PN, untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Paling penting bagi kerajaan adalah pelaksanakan amanah, bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa dipelihara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dinyatakan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan; dan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abdul Rahman Abang Zohari Tun Abang Openg.

Kerajaan PN turut menjunjung titah Seri Paduka, yang berkehendakkan keutamaan sentiasa diberi kepada kesejahteraan rakyat jelata.

Dalam Titah Diraja itu, Al-Sultan Abdullah antara lain bertitah, pelantikan Perdana Menteri kelapan dibuat selepas parti-parti politik diberi masa yang mencukupi untuk membuat perhitungan secara demokrasi, bagi menamakan calon masing-masing.

Baginda juga menitahkan ahli-ahli politik agar jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu, ketika rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat wabak COVID-19.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan