Mayat Bekas Bintang WWE Ditemui

- Advertisement -

CALIFORNIA: Mayat bekas bintang WWE, Shad Gaspard, 39 tahun, dijumpai semalam – 3 hari selepas dia dilaporkan hilang dibawa arus semasa pergi berenang bersama anaknya di pantai California.

Seorang pengunjung ternampak mayat yang dihanyutkan ke pantai dan pemeriksaan kemudian mengesahkan ia adalah Gaspard.

Gaspard dilaporkan hilang pada Ahad di pantai Marina Del Rey yang baru dibuka kembali setelah lama ditutup berikutan perang melawan Covid-19.

Anaknya yang berusia 10 tahun, dapat diselamatkan, lapor CNN.

Semasa bersama WWE sejak 2006, Gaspard berpasangan dengan JTG dalam kumpulan Cyrme Tyme (Crime Time)

Gaspard menamatkan karier dengan WWE pada tahun 2010 dan sejak itu, pernah membintangi beberapa buah filem seperti “Think Like a Man Too” Dan “The Last Sharknado: It’s About Time.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat