PKPD Pasar Jalan Othman Tamat Hari Ini

- Advertisement -

PETALING JAYA – Setelah 11 hari terkurung dan dikelilingi kawad berduri di persekitaran Jalan Othman, ia akhirnya dibuka sepenuhnya jam 12 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, seramai 616 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi terlibat dalam misi ini.

Ia termasuk dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) iaitu 312 anggota dan pegawai, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 204 dan lain lain.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 10 Mei lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan saringan kesihatan ke atas 2,532 penduduk di sekitar kawasan Pasar Jalan Othman.

Daripada jumlah itu, 848 adalah warga asing.

Hasil saringan mendapati, seorang warga tempatan dikesan positif COVID-19 manakala 13 lagi masih dalam proses menunggu.

“Hasil ujian ini, 13 masih menunggu keputusan, yang lain semua kita sudah dapat. Hanya seorang sahaja warga tempatan positif. Jadi, tunggu sahaja proses ini,” kata Nik Ezanee.

Menurutnya, PDRM berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan penduduk apabila sepanjang tempoh itu tahap pematuhan terhadap PKPD mencapai 99 peratus.

Mereka dilihat sudah terbiasa dengan amalan normal baharu.

Jelasnya, pihaknya kekal berjaga-jaga dengan melakukan pemantauan berterusan biarpun PKPD telah ditamatkan.

Penduduk dinasihati mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di bawah PKP Bersyarat (PKPB) terutamanya pada musim perayaan nanti.

Pemeriksaan rumah ke rumah juga akan dilakukan sepanjang perayaan bagi memastikan tiada masyarakat berkumpul serta menjayakan misi larangan rentas sempadan negeri.

Dalam pada itu, tinjauan di lokasi mendapati, rata-rata penduduk menarik nafas lega apabila PKPB ditamatkan sebelum perayaan berlangsung.

Mereka turut menyokong tindakan kerajaan yang menyarankan agar mengamalkan kehidupan normal baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat