Rakaman Suara Mesyuarat PH 21 Februari Adalah Asli Kata Anwar

Ahmad Idham kembali teraju FINAS

KUALA LUMPUR: Belum tiga bulan menamatkan khidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik semula...

Menu nasi beriani kambing, ayam varuval untuk PM – Sugu Pavithra

IPOH: Hidangan nasi beriani kambing, kuah dal dan ayam varuval adalah antara menu yang dijanjikan akan dimasak oleh pasangan YouTuber, Sugu Pavithra jika Perdana...

PKR Umum Tak Bertanding PRK Chini

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini yang dijadual pada bulan Julai depan. Pengumuman itu...

MBSB Bank Faham

MBSB Bank mengumumkan untuk tidak akan mengenakan sebarang kos yang berkaitan dengan moratorium automatik kerana kesan buruk akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan...

PKR Tak Jadi Tanding PRK DUN Chini, Beri Alasan Bimbang Wabak Covid-19

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini. Perkara itu disahkan oleh...

Pengerusi PKR Anwar Ibrahim mengesahkan rakaman suara mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari yang tersebar di media sosial beberapa hari lalu sebagai asli.

“Saya dengar klip (rakaman audio) yang agak panjang. Dan sebagai orang yang hadir dan merenung dan banyak bersabar ketika itu, memang tepat apa yang disuarakan.

“Bukan palsu dan memang berlaku begitu (dalam mesyuarat Majlis Presiden PH),” katanya.

Pada 17 Mei lalu, rakaman berjudul “Pendedahan Eksklusif Mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari 2020” yang disiarkan di Facebook “Bersatu sokong Tun Mahathir” mula tular.

Rakaman itu menunjukkan berlakunya pertikaman lidah tentang penetapan tarikh peralihan kuasa daripada perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar.

Pemimpin Amanah dan DAP dikatakan mahu tarikh tepat ditetapkan selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadual hujung tahun ini.

Pemimpin Bersatu dan timbalan presiden PKR ketika itu Azmin Ali serta penyokongnyanya pula mahukan mandat penuh sepenggal.

Mahathir dalam sidang media selepas itu kemudian mengumumkan tarikh peralihan akan dibuat selepas Apec dan tarikh tepatnya terpulang kepadanya.

Dalam siaran langsung di Facebook hari ini, tanpa menyebut nama secara khusus, Anwar berkata mendakwa ketegangan berlaku susulan rancangan “pengkhianat”.

[…] Bila datang mesyuarat, beberapa orang Bersatu dan pengkhianat rupa-rupanya merancang untuk membuat gesaan keras membantah apa-apa pandangan berkenaan transmisi (peralihan kuasa),” katanya.

Mengaku disergah Amanah dan DAP

Sementara itu, Anwar berkata beliau mengambil keputusan bertolak ansur bagi meredakan pertelingkahan tersebut yang akan menyebabkan perpecahan PH.

“Setelah dengar panjang begitu begini bertelagah dan sebagainya dan saya juga tahu sandiwara politik dari Bersatu dan pengkhianat untuk jadikan isu peralihan kuasa untuk keluar dari PH.

“Jadi, saya buat keputusan untuk berkata jangan kita berebut, kita ikhtiar dan tawakal,” katanya.

Beliau mengaku kerana keputusan itu beliau “disergah” oleh pemimpin lain dalam PH.

“Saya disergah oleh Amanah dan DAP kerana awalnya sudah putus (peralihan kuasa) lepas APEC dan saya hendak lepaskan begitu sahaja.

“Tetapi saya hendak elakkan supaya pengkhianat dari menggunakan ini (peralihan kuasa) sebagai alasan untuk keluar tetapi kalau namanya pengkhianat, guna cara baik macam mana juga tetap akan khianat,” katanya lagi.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

PKR Umum Tak Bertanding PRK Chini

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini yang dijadual pada bulan Julai depan. Pengumuman itu...

PKR Tak Jadi Tanding PRK DUN Chini, Beri Alasan Bimbang Wabak Covid-19

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini. Perkara itu disahkan oleh...

Lebih 393,000 Korban Wabak Covid-19 Di Seluruh Dunia

Angka korban akibat COVID-19 terus mencatatkan peningkatan. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia mencatatkan kenaikan 5,000 kes dalam tempoh...