Yuna banyak tolong saya – Aizat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aizat Amdan, 33, mengaku teman baiknya, Yuna banyak membantu dalam usahanya melebarkan sayap seni di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Aizat yang menggelarkan dirinya Ai.Z sebagai langkah penjenamaan baharu memberitahu, pendedahan antarabangsa tidak dapat direalisasikan tanpa bantuan Yuna yang sudah lebih sedekad berpangkalan di AS.

“Yuna banyak membantu saya. Tanpa dia, saya tidak dapat kenal dengan penerbit di LA.

 

Aizat terhutang budi kepada Yuna yang banyak membantunya meneroka dunia muzik di AS. Foto IG Ai.Z
Aizat terhutang budi kepada Yuna yang banyak membantunya meneroka dunia muzik di AS. Foto IG Ai.Z

 

“Dia banyak memberi tip bagaimana mahu memperkenalkan diri di AS.

“Pada masa sama, saya dapat jadi diri sendiri tanpa melupakan asal-usul sebagai umat Islam, orang Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, pemegang trofi Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-29 ini tampil dengan single bahasa Inggeris yang dicipta bersama Yuna, The Last Thing disusuli Use Me di bawah jenama Ai.Z.

Pengurusan Yuna Room Records (YRR) banyak membantu Aizat dalam usahanya meneroka pentas antarabangsa berikutan Yuna mempunyai jaringan dengan syarikat rakaman bebas di AS.

Sehubungan itu, Aizat atau nama sebenar, Muhammad Aizat Amdan berterima kasih kepada Yuna atas sokongan dan bantuannya.

Tambah Aizat, penyanyi tempatan yang mahu memasarkan karya ke pasaran antarabangsa, tidak sukar, namun, sokongan pelbagai pihak amat penting.

“Tidaklah susah. Tetapi sudah tentu kita perlukan usaha menghasilkan karya dan sokongan daripada banyak pihak.

“Namun, saya kena jujur. Pihak yang mempunyai wang iaitu kerajaan memainkan peranan dalam membantu kami terutama artis yang mahu ke luar negara di mana mata wangnya lebih besar.

“Seperti contohnya, dana yang diberi kerajaan melalui Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA), banyak membantu pemuzik zaman sekarang.

“Jadi, saya berharap kerajaan boleh membuat penambahbaikan dalam agihan dana itu. Ini perlu agar pemuzik kita dapat terus berkarya,” katanya yang mengaku turut memohon dana kerajaan.

Mengulas mengenai perkembangan karier nyanyian di AS, pelantun lagu Sampai Ke Hari Tua itu sedang berusaha untuk melancarkan EP.

“Saya menghasilkan EP untuk projek Ai.Z yang akan dipasarkan secara global.

“Sekarang lebih mudah, kalau kita lancar di Spotify pun, ia boleh didengar secara global. Jadi, diharapkan, projek itu lancar… Insya-Allah,” katanya yang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan, tidak lama lagi.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat