Disebalik Troll 500 Negara, Kes Baru Covid-19 Terus Turun – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan bahawa Troll 500 Negara yang diterajui pembangkang, tidak langsung menjejaskan pengendalian Covid-19 oleh Menteri Kesihatan, bila trend jangkitan baru terus menurun.

Bekas Perdana Menteri itu dalam hantaran di akaun Facebooknya menulis secara berseloroh, “500 negara pun, 500 negaralah! Asalkan jumlah kes baru Covid-19 Malaysia terus turun setiap hari.

Majoriti besar komen dalam hantaran tersebut juga bersetuju dengan Najib.

Antaranya, Izri Sham Hussain berkata, “terbaik, yg xnak admit kerajaan skrg bagus handle Covid maybe dia rakyat negara ke-501”.

Isu ‘500 negara’ menjadi modal troll pembangkang apabila Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba sebelum ini tersasul menyebutnya ketika merujuk kepada sidang video beliau dengan 500 wakil pelbagai negara berkaitan usaha mencegah penularan Covid-19. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat