Kit Siang Faham Tak, Apa Itu Video Conferencing, Sindir Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Penasihat DAP Lim Kit Siang yang meminta Menteri Kesihatan mengamalkan penjarakan sosial ketika melakukan sidang video.

Menyifatkan ahli politik veteran itu tidak mahu mengalah dalam mencari kesalahan menteri-menteri Pakatan Nasional, Najib dengan nada sarkastik meminta Kit Siang mengajar cara untuk mengamalkan penjarakan sosial semasa sidang video.

“Uncle faham video conferencing itu apa benda tak?

“Boleh Uncle ajar bagaimana hendak melakukan penjarakan sosial semasa video conferencing?

“Satu dunia hendak belajar daripada “kebijaksanaan” Uncle.

“Dr. Adham, lain kali duduk jauh sedikit dari skrin, ok?” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam satu hantaran di blognya mentertawakan kesilapan Datuk Seri Adham Baba yang tersasul menyebut 500 wakil negara sebagai 500 negara.

Malah apa yang lebih memelikkan apabila Kit Siang menyatakan tindakan Adham “bertemu” dengan 500 wakil dari pelbagai negara itu (dalam satu sidang video) telah melanggar peraturan paling utama dalam membendung wabak Covid-19 iaitu penjarakan sosial.

Malah Kit Siang turut meminta Menteri Kesihatan itu meletakkan jawatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat