Bekas MB Perlis Tertipu, Beli Harum Manis Busuk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa ditipu pengusaha buah mangga harum manis.

Shahidan melalui laman Facebook sebentar tadi menasihati penjual buah mangga tersebut agar jangan menipu pembeli.

“Saya bawa (beli) 50 kotak semalam dengan harga RM20 sekilo. Dua puluh kotak menghasilkan buah seperti dibawah ini.

“Nasihat saya penjual kena amanah, jangan jual buah macam ini tak baik,” luahnya.

Ahli Parlimen Arau itu turut menasihati pengguna untuk meneliti setiap buah sebelum membelinya.

“Kawan saya seorang pemborong Mr Abah J, jual buah dengan grading yang baik. Beliau pamerkan dalam Facebook (sebelum jual).

“Pembeli kena buka kotak dan tengok satu persatu. Pembantu saya (sebelum beli) tidak sempat pilih kerana terlalu sibuk. Buah ini akan di edarkan kepada kawan-kawan, ketua jabatan, menteri dan lain-lain. Harap maaf,” katanya lagi.

Sebelum ini, rata-rata pengusaha mangga harum manis meluahkan kerisauan kemungkinan berlaku lambakan hasil tanaman mereka apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Namun siapa sangka permintaan yang diterima menerusi jualan dalam talian mengalami peningkatan yang menggalakan.

Menerusi kaedah penjualan dalam talian, permintaan mangga harum manis menunjukkan permintaan sehingga penghantarannya terpaksa dibuat secara berperingkat-peringkat.

Perlis merekodkan 20.75 tan pengeluaran mangga harum manis sepanjang minggu ini dan kemuncak peningkatan pengeluarannya dijangka berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang menjelang bulan Ramadan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat