Buku ‘Playboy’ Menteri Mengenai Cigar, Bukan Koleksi Gambar Lucah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memuatnaik gambar di laman Twitter mengundang sedikit salah faham dikalang netizen.

Ini kerana ada dikalangan mereka mendakwa Hishamudin menyimpan buku ‘Playboy’ berdasarkan penelitian yang dilakukan terhadap latarbelakang gambar tersebut.

Namun beberapa orang pengguna media sosial tampil menjelaskan mengenai kekeliruan tersebut.

“Ada netizen zoom nampak buku Playboy di rak beliau, maka ramai mula ketawa dan kutuk H20 peminat gambar lucah. Ini kerana Playboy dikaitkan dengan majalah gambar bogel model luar negara.

“Namun kalau orang dalam bidang penerbitan tentu tahu beza saiz dan bentuk majalah dengan buku,” ujar Ab Jalil Backer.

“Buku pengetahuan tentang Cigar bukannya soal lucah dan sebagainya. Playboy memang ada mengeluarkan Cigar jenama mereka sendiri.

“Sepatutnya serangan peribadi dan fitnah sebegini tidak wajar timbul pada era 2020 ini,” bidas Mohd Zaffarollah Mohd Nordin.

“Buku knowledge berkenaan cigar, bukan 18sx seperti yang anda semua fikirkan,” tegas Saya Azie pula.

Semalam Hishamuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Semberong memaklumkan pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Luar merangkap pemangku Perdana Menteri United Kingdom (UK), Dominic Raab.

“Kami fokus bincang tiga perkara – pendidikan, usaha tangani #COVID19 dan kepentingan serantau seperti ASEAN serta negara-negara Komanwel,” katanya memetik kenyataan di laman Facebooknya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat