Tun Mahathir Pertikai Kuasa Agong?

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Kota Kinabalu - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

Angkasawan Amerika Syarikat Mengundi Dari Angkasa, Ini Caranya

BERJUTA-JUTA orang di Amerika Syarikat akan mengundi melalui pos atau secara terus untuk memilih presiden AS yang seterusnya. Bagaimanapun, satu undi akan diberikan sekitar...

Tahniah DS Bung, Timbalan Ketua Menteri Sabah 1

KATA orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah individu bernama Bung Moktar Radin ini. Pengalaman mengikut beliau berkempen selama dua minggu sepanjang proses Pilihanraya Negeri...

Covid-19 Di India Sudah 6 Juta Kes

JUMLAH rakyat India yang dijangkiti dengan Covid-19, sudah melepasi 6 juta orang, kedua di belakang Amerika syarikat Dijangka menjelang hujung minggu ini, India akan mengatasi...

Bung Moktar Dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah (1)

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah, YB Datuk Sri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah 1. Majlis mengangkat...

Oleh: Dr. Kamarul Zaman Yusoff

DALAM rakaman video yang disiarkan oleh portal berita The Star, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebut dua perkara penting.

Perkara pertama adalah bahawa:

(1) Keabsahan kerajaan masih lagi dipersoalkan (“The legality of this government is still being questioned”).

(2) Kerajaan belum lagi sah sepenuhnya dalam erti kata ia belum disahkan oleh Parlimen (“The government is not yet fully legalised in the sense that it has not been certified by the Parliament”).

Sehubungan dengan perkara pertama, perkara kedua pula adalah bahawa:

(1) Sekarang apa yang perlu Dewan Rakyat lakukan ialah untuk menunjukkan sama ada mereka menyokong dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beliau mempunyai sokongan majoriti, bukan hari ini, tetapi pada masa beliau mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri (“Now what the Dewan (Rakyat) needs to do is to show whether they support Muhyiddin’s claim that he gets the support of the majority, not today, but at the time when he was sworn in to become the Prime Minister”).

(2) Keputusan-keputusan besar tidak boleh dibuat oleh kerajaan dan ia hanya boleh buat kerja-kerja rutin (“The major decisions should not be made by the government and it should (only) do the usual routine works”).

Kita tidak tahu pakar perundangan manakah yang telah menasihatkan Tun Dr. Mahathir mengenai dua perkara ini, tetapi dengan segala hormatnya, kedua-dua perkara ini adalah tidak betul mengikut undang-undang negara.

Tiada di mana-mana tempat di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyebut:

(1) Sesebuah kerajaan hanya akan dianggap sah sepenuhnya selepas ia disahkan oleh Parlimen.

(2) Parlimen perlu mengesahkan seseorang Perdana Menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong benar-benar mempunyai sokongan majoriti sewaktu beliau mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri.

(3) Selagi lantikan seseorang Perdana Menteri tidak disahkan oleh Parlimen, kerajaan yang diketuai oleh beliau hanya boleh buat kerja-kerja rutin dan tidak boleh buat keputusan-keputusan besar.

Sebaliknya, apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan adalah bahawa:

(1) Pada melaksanakan fungsi melantik seorang Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya (Perkara 40 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan).

(2) Perdana Menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah merupakan seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu (Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan).

Dalam bertindak menurut budi bicaranya ini, terpulanglah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kaedah dalam mana baginda mahu memutuskan seseorang ahli Dewan Rakyat itu mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.

Kaedah ini mungkin sahaja berupa mendapatkan akuan bersumpah daripada setiap ahli Dewan Rakyat, menemuduga setiap ahli Dewan Rakyat, menemuduga seseorang calon Perdana Menteri mahupun menitahkan supaya diadakan satu sidang Parlimen khas bagi menentukannya.

Bagaimanapun, setelah Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan sudah ada seseorang ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu dan ahli Dewan Rakyat itu sudah mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri maka di situlah berakhirnya proses ini dan kerajaan yang diketuai oleh ahli Dewan Rakyat itu sudah menjadi sah sepenuhnya dan boleh buat semua kerja sah yang boleh dibuat oleh kerajaan, tanpa mengira besar atau kecil.

Menyebut lantikan seseorang Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong adalah tertakluk kepada pengesahan oleh Parlimen sebelum kerajaan yang diketuai olehnya sah sepenuhnya adalah satu cabaran kepada kuasa budi bicara yang diperuntukkan kepada baginda oleh Perlembagaan Persekutuan dan tidak sepatutnya ditimbulkan oleh mana-mana pihak.

Menyebut lantikan seseorang Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong adalah tertakluk kepada pengesahan oleh Parlimen sebelum kerajaan yang diketuai olehnya sah sepenuhnya juga adalah satu cubaan untuk mengongsi (share) atau mengambilalih (usurp) kuasa melantik seseorang Perdana Menteri daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Parlimen.

Soal sama ada seseorang Perdana Menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong masih mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat atau tidak adalah satu soal lain yang tidak seharusnya dikaitkan dengan keabsahan lantikan Perdana Menteri dan keabsahan kerajaan beliau.

Semoga Tun Dr. Mahathir dapat diberi nasihat perundangan yang betul mengenai perkara-perkara ini dan semoga kefahaman beliau yang tidak betul mengenai kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong ini tidak akan membuka jalan kepada pertikaian mahupun hinaan kepada baginda.

Nota: Penulis adalah penganalisis politik dan merupakan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia di Universiti Utara Malaysia.

1 COMMENT

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Kota Kinabalu - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

Tahniah DS Bung, Timbalan Ketua Menteri Sabah 1

KATA orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah individu bernama Bung Moktar Radin ini. Pengalaman mengikut beliau berkempen selama dua minggu sepanjang proses Pilihanraya Negeri...

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...