2,356 Sahabat Usahawan AIM Terima Bantuan Banjir

- Advertisement -

Shah Alam: Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM), bagi Wilayah Selangor/Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.

Geran khas bernilai RM3,000 setiap seorang penerima tanpa perlu membayar balik.

menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan koperasi Tan Sri Noh Omar berkata, dalam membantu usahawan mikro bangkit kembali dalam perniagaan diusahakan mereka, KUSKOP akan bincang dengan Kementerian Sumber Manusia  berkenaan gaji minimum yang ditetapkan RM1,500 berkuatkuasa  1 Mei 2022.

“Jualan gerai pendapatan tidak tinggi, masakan lagi untuk membayar gaji pekerja berjumlah minimum RM1,5000.

“Dianggarkan hampir 70 peratus golongan usahawan mikro yang terjejas teruk akibat banjir dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Harapan saya, selain geran  khas bantuan banjir ini kerajaan juga dapat mempertimbangkan semula gaji minimum bagi pekerja usahawan mikro,” katanya ketika menyampaikan bantuan banjir tersebut.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan Koperasi, Datuk Suriani Datuk Ahmad; Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Shabudin Yahaya; Timbalan Pengerusi Lembaga AIM, Mohd Najib Mohd Noor; Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz.

Majlis penyerahan BBKM berkenaan diadakan secara serentak di empat lokasi iaitu di Shah Alam Convention Centre (SACC) dengan seramai 921 penerima disampaikan Noh Omar manakala seramai 445 penerima di Dewan Puchong Utama, Puchong yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Puchong, Datuk Satim Diman.

Selain itu, seramai 586 penerima di Dewan Umno Kuala Selangor disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim dan 404 penerima di Dewan Sri Jugra, yang disampaikan oleh Naib Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuala Langat Datuk Zurihan Yusop.

Majlis itu turut dibuat secara langsung di ketiga-tiga lokasi berkenaan yang dipancarkan dari dewan utama SACC, di Shah Alam.

Kesemua penerima geran in adalah sebahagian daripada 8,859 Sahabat Usahawan AIM yang terkesan akibat banjir yang sudah didaftarkan sebagai penerima BBKM.

Penyaluran geran BBKM ini menjadi tanda keprihatinan kerajaan yang memperuntukan sebanyak RM50 juta kepada KUSKOP yang mana penyaluran bantuan kepada usahawan yang terjejas akibat banjir ini dibuat melalui TEKUN NASIONAL.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat