FB Jabatan Peguam Negara ‘diserang’ netizen, tuntut status terkini kes hina Islam babitkan Harith Iskander, Cecilia Yap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Jabatan Peguam Negara (AGC) dibanjiri komen warganet, desak beritahu status terkini kes Harith Iskander dan Cecelia Yap terkait isu hina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Tinjauan di ruangan komen dalam hantaran terkini Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar mendapati deretan desakan yang menuntut Jabatan Peguam Negara memaklumkan status terbaharu kes membabitkan Harith Iskander dan Cecilia Yap.

Hal ini kata warganet, sudah berminggu-minggu kes tersebut disiasat namun tiada perkembangan.

Menurut rantaian komen yang ditinggalkan di akaun Facebook AGC itu lagi, polis memaklumkan dua minggu lepas pihak berkuasa itu sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

Malah AGC diingatkan agar tidak buat-buat lupa dan menyepi.

Media sebelum ini melaporkan, Harith Iskander dalam hantaran pada 18 Januari lalu membuat jenaka menggunakan topik ham baru-baru ini mengundang kecaman netizen terutamanya dalam kalangan umat Islam.

Bersama hantaran itu, Harith turut memuat naik sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan ham sap kopi berharga RM5.50.

Gambar itu dipercayai diambil dari gambar senarai menu kopi yang dijual premis rangkaian jualan minuman kopi tempatan yang berniaga menggunakan trak makanan.

“Saya begitu keliru. Iman saya tergugat. Kopi ini akan membawa saya ke jalan yang salah dalam pelbagai cara”.

“Bukan sahaja menggoda saya untuk menjadi hamsap, tetapi juga membuat saya keliru dengan perkataan ‘ham’ di dalamnya. Ini untuk diminum atau dimakan?

“Saya mesti buat laporan polis kerana saya terlalu lemah sehingga hilang semua kemampuan untuk berfikir secara logik. Siapa lagi yang keliru?”, tulisnya dalam hantaran itu yang disudahi emoji wajah tertawa hingga keluar air mata.

Hantaran tersebut menerima hampir 10,000 reaksi dengan 4,500 menggunakan emoji ketawa dan 3,300 lagi emoji marah.

Susulan itu seorang pengguna Facebook Cecilia Yap Song KL menulis komen “All names with MoHAMmad…got to be renamed then.

Dia kemudiannya memohon maaf berhubung hantaran di media sosial dimuat naik mengenai isu ‘ham’ yang didakwa menghina agama Islam, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan firma guaman mewakilinya Saibullah M.V. Nathan & Co berkata, dia memohon maaf kepada umat Islam yang tersinggung dengan hantaran terbabit.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat