Suamiku Lelaki Pendosa penuh emosi, konflik

- Advertisement -

PERTUNANGAN yang terputus gara-gara identiti terbongkar dan dihina anak tak sah taraf oleh bekas tunang bukanlah penamat hidup buat Cahaya.

Dalam usaha beliau untuk berlapang dada, berusaha menerima takdir dan memujuk serta memberi semangat kepada ibunya yang sedang bermurung, dia dipertemukan dengan Dean Ilyas yang bertindak sebagai hero untuk menyelamatkannya daripada terus disakiti.

Cahaya berterus terang mengenai statusnya dan Dean ikhlas menerima Cahaya seadanya malah bersetuju unruk merahsiakan hal ini daripada pengetahuan keluarganya.

Majlis perkahwinan Dean dan Cahaya bakal dilangsungkan, namun kawan baik Dean iaitu Izfairin tidak bersetuju dengan pilihan Dean.

Selepas berkahwin, pelbagai dugaan mula datang menguji. Cahaya yang dipergunakan oleh ibu Dean untuk menyelamatkan maruah keluarga dan egonya, akhirnya bakal berhadapan dengan sejarah hitam Dean yang disimpan rapi.

Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Cahaya dapat menerima dan memaafkan suaminya?

Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan Suamiku Lelaki Pendosa yang penuh dengan emosi dan konflik pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

Drama bersiri 28 episod adaptasi novel ‘Imamku Lelaki Pendosa’ karya Umie Nadzimah ini adalah terbitan Global Station Sdn Bhd, diarahkan oleh Eyra Rahman, nukilan skrip oleh Eenaz Mokhtar, Siti Jasmina dan Ctna Marzuki.

Ia menampilkan pelakon handalan iaitu Datuk Aaron Aziz, Sophia AlBarakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Anne Abdullah, Michael Lean, Ungku Hariz, dan ramai lagi.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat