Anak ‘selamatkan’ rumah tangga Sule, Nathalie dari musnah

- Advertisement -

Jakarta: Biarpun nampak seakan bahagia, namun rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Sule, 45, dan isterinya, Nathalie Holscher sebelum ini pernah menjadi perbualan hangat warganet selepas didakwa berantakan.

Malah, tidak sefahaman dikatakan telah menjadi punca rumah tangga yang baharu dibina mereka goyah dan hampir bercerai.

Sule menerusi pendedahannya kepada media berkata, perkara itu (bercerai) bagaimanapun tidak terjadi kerana diselamatkan oleh bayi mereka yang dikandung Nathalie ketika itu.

“Pada masa itu, kita masih baharu. Maksudnya pernikahan itu terlalu cepat dan masih dalam proses mengenali karakter masing-masing.

“Nathalie pun perlu berdepan banyak beban seperti menguruskan saya, anak-anak saya, adik-adiknya, pekerja dan lain-lain. Mungkin itu jadi punca tekanan.

“Umurnya pun baharu 29 tahun mengakibatkan berlakunya emosi. Dia akhirnya memutuskan untuk tidak terus bergaduh yang boleh menyebabkan pertengkaran antara kami.

“Saya sudah mohon maaf kepadanya dan hubungan kami ini diselamatkan oleh baby (dalam kandungan),” katanya menerusi saluran YouTube TS Media.

Sule atau nama sebenarnya Entis Sutisna menduda selepas bercerai dengan bekas isteri, Allahyarham Lina Jubaedah pada 2018.

Dia kemudian mengahwini Nathalie pada November 2020. Bagaimanapun, timbul spekulasi mengatakan rumah tangga mereka bermasalah pada April 2021.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung mereka iaitu bayi lelaki diberi nama Adzam pada 12 Disember tahun lalu.

Disiarkan pada: Februari 21, 2022 @ 12:47pm
Artikel Berkaitan
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat