Vaksin COVID-19 Tiba Di Malaysia Pagi Ini

- Advertisement -

SEPANG: Sejarah baru negara bakal tertulis lagi.

Sejak dari tahun lepas berunding untuk mendapatkan vaksin COVID-19, akhirnya, vaksin tersebut dijangka tiba di Malaysia hari ini.

Kumpulan pertama bekalan vaksin Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi.

Vaksin itu akan tiba di negara melalui penerbangan MH604 yang dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo).

Perjalanan vaksin dari kilang Pfizer di Belgium diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.

Vaksin ini berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

Vaksin tersebut, iaitu sebanyak 312,390 dos, diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300.

Ketibaan vaksin itu pastinya membolehkan perancangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijadual bermula 26 Feb ini berjalan mengikut jadual.

Antara yang dijadualkan hadir menyambut ketibaan vaksin ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Ketibaan vaksin di Malaysia:

Setibanya di Malaysia, pengedaran vaksin dikendalikan oleh DHL Express, yang juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer BioNTech di peringkat global.

Maklumat vaksin Pfizer:

Vaksin Pfizer-BioNTech adalah vaksin pertama yang telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA pada 8 Januari 2021 lalu.

Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewakili kerajaan telah memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd pada 11 Januari yang lalu untuk pembelian vaksin ini, setelah memulakan perbincangan pada penghujung tahun 2020.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat