Pasport Vaksin Antara Cadangan Pengesahan Individu Terima Suntikan – Dr Adham

SEPANG – Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di sini hari ini, Dr Adham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang memperhalusi cadangan tersebut.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, skim perlindungan untuk memberi pampasan kepada penerima vaksin Covid-19 yang mendapat kesan sampingan serius, akan diwujudkan.

“Skim ini akan memberi pampasan ex-gratia kepada mana-mana penerima suntikan vaksin Covid-19 yang mengalami kesan sampingan serius, yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin itu,” katanya, sambil menambah perkara itu diputuskan Jemaah Menteri dalam mesyuarat khas minggu lalu. – Bernama

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

Berita Berkaitan

Tiada Krisis Dalam UMNO – Mahadzir Khalid

PADANG TERAP: Tiada sebarang krisis dalam UMNO apatah lagi dalam kalangan pimpinan parti itu berikutan perbezaan pendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Hadi Awang Yakin Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi...

Gubal Akta Anti Lompat Parti Perlu Sokongan Dua Pertiga – Takiyuddin

KOTA BHARU: Penggubalan akta anti lompat parti memerlukan sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen bagi meminda Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana...