Pemimpin Dewan Himpunan Pendukung PAS Umum Letak Semua Jawatan

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), S Barathidasan telah meletakkan semua jawatan yang disandang di dalam DHPP dan Pas disebabkan masalah dan isu yang berterusan dalam parti itu sehingga tidak dapat membawa suara rakyat khususnya masyarakat kaum India.

Menurut beliau, antara jawatan yang dilepaskan ialah urus setia DHPP Pusat, Ketua DHPP Wilayah Persekutuan, Pengarah Pilihan raya DHPP Pusat, Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Pusat serta Ahli Jawatankuasa BAKIP yang berkuat kuasa pada 31 Disember lalu.

“Dewan harian DHPP Pas Pusat telah mengadakan mesyuarat pada 21 Februari dan menerima keputusan saya untuk melepaskan semua jawatan.

“Malah saya juga melepaskan keahlian dalam DHPP,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, surat peletakan jawatan tersebut telah disampaikan kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua DHPP Pusat, N Balasubramaniam pada 30 Disember lepas.

Dalam masa sama beliau berkata, hala tuju masa depan karier politiknya akan ditentukan dalam masa yang terdekat.

“Perjuangan saya demi rakyat dan negara belum selesai lagi, saya akan terus berkhidmat dan menyuarakan rintihan rakyat,” katanya. – Sinar

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

UMNO sah cerai Bersatu-PN? : Laporan

KUALA LUMPUR - UMNO telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan...

UMNO Beri PH ‘Nyawa’ Jika Tidak Bersama PN

KUALA LUMPUR : Sekiranya UMNO yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal dengan keputusan tidak bersama dengan Perikatan Nasional (PN), tindakan itu hanya...