Pusingan kerja di kaunter perkhidmatan kerajaan mampu banteras isu integriti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pelaksanaan pusingan kerja semua penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan kerajaan mampu menangani masalah integriti yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sistem pusingan kerja seperti disuarakan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar itu juga berupaya mewujudkan suasana kerja lebih kondusif kepada penjawat awam.

“Apa yang diungkapkan oleh KSN, saya fikir sangat bertepatan buat kami, di KDN (Kementerian Dalam Negeri) ada agensi yang membabitkan perkhidmatan kaunter dan paling popular ialah Jabatan Imigresen, ada Jabatan Pendaftaran dan sebagainya.

“Ya banyak sistem (kaunter perkhidmatan) adalah berasaskan secara langsung dengan rakyat, jadi apa reaksi saya? Saya mengalu-alukan perkara ini,” katanya selepas meninjau reruai pada EXPO dan Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia (AISSE25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), lapor BH di pada Selasa,

Semalam, Shamsul Azri ketika menyampaikan Amanat Tahun 2025, mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneliti dan melaksanakan pusingan kerja semua penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan kerajaan.

Beliau menegaskan, tempoh lima tahun untuk bertugas di kaunter perkhidmatan disifatkan terlalu lama. Dengan pelaksanaan pusingan kerja itu, pergerakan besar-besaran membabitkan penjawat awam bakal berlaku.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, KDN akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

“Yang penting, ia harus berasaskan rakyat dan kalau itu dapat kita lakukan, saya sangat yakin kita akan dapat merasai perubahan yang akan dilaksanakan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat