26 UMNO Bahagian Di Johor Adakan Mesyuarat Khas Malam Ini

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Kesemua 26 UMNO Bahagian di negeri ini dijangka akan mengadakan mesyuarat malam ini bagi membincangkan kemungkinan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan memuktamadkan nama-nama calon.

Menurut sumber, mesyuarat UMNO Bahagian Johor Bahru yang dijadual pukul 8 malam itu akan dipengerusikan Ketua Bahagian mereka, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

“UMNO Bahagian Johor Bahru akan mengadakan mesyuarat khas pada pukul 8 malam ini, dan dijangka bahagian lain juga sama.

“Memang itu kebiasaannya, intipati daripada mesyuarat bahagian itu kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat peringkat negeri, esok,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba hari ini hadir mempengerusikan Mesyuarat Penerangan UMNO Negeri di bangunan Ibu Pejabat UMNO Johor, di sini hari ini.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 3 petang dan tamat hampir tiga jam kemudian itu dihadiri kesemua 26 Ketua Penerangan UMNO Bahagian negeri ini.

Situasi itu mengukuhkan lagi khabar angin bahawa Johor bakal menyaksikan PRN diadakan dalam waktu terdekat ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat