Penstrukturan Semula: Mahkamah UK Bagi ‘Lampu Hijau’ Kepada Malaysia Airlines

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd sudah mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah UK bagi meneruskan proses penstrukturan semulanya.

Malaysia Airlines dalam kenyataannya berkata, kejayaan itu juga membolehkan kumpulan meneruskan komponen utama penyusunan semula komprehensif berdasarkan kepada Rancangan Perniagaan Jangka Panjang (LTBP) MAG dalam usaha memastikan kesesuaian dan kelangsungan kumpulan yang terkesan oleh penularan COVID-19.

“MAG sudah melaksanakan perbincangan bersama pihak berkepentingan dan berjaya mendapatkan sokongan luar biasa untuk melaksanakan penyusunan semula setelah melalui beberapa rundingan namun masih ada sebilangan kecil pemiutang yang belum menunjukkan sokongan mereka terhadap penyusunan semula ini.

“Oleh itu, sebahagian penstrukturan dilaksanakan melalui syarat pengaturan yang akan dicadangkan oleh anak syarikat penyewaan pesawat kumpulan, MAB Leasing Ltd (MABL),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MAG berkata, lantaran itu MABL pada 23 Disember tahun lalu, mengeluarkan Surat Penyataan Amalan kepada sekumpulan pemiutang bagi pemberitahuan niat mengemukakan syarat pengaturan di bawah Bahagian 26, Akta Syarikat UK 2006.

Katanya, perbincangan diadakan seperti yang dijadualkan pada 20 Januari 2021 dan mahkamah meluluskan MABL untuk mengadakan mesyuarat dengan pemiutang bagi mempertimbangkan cadangan syarat berkenaan.

“Hasil dari perbincangan itu akan dilaporkan kembali ke mahkamah dan perbicaraan ditetapkan pada 22 Februari 2021.

“Kumpulan menjangkakan proses mahkamah UK dan pelaksanaan penyusunan semula akan berakhir pada suku pertama 2021.

“MAG akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi menyelesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya.

MAG berkata, sepanjang proses itu, kumpulan akan meneruskan peranannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memastikan penyambungan udara domestik dan antarabangsa tetap dilaksanakan.

Katanya, operasi dan aktiviti harian syarikat penerbangan utama, Malaysia Airlines serta kesemua anak syarikat di bawah MAG dijangka tidak akan terjejas oleh penyusunan semula itu.

MAG pada awal tahun lalu sudah mula menunjukkan pemulihan pendapatan sebelum berlakunya krisis kesihatan global COVID-19 yang sekaligus memberi impak kepada industri penerbangan – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat