‘Saya Akan Kembali’ – Trump

- Advertisement -

WASHINGTON: Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir beberapa jam sebelum penggantinya Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46.

Trump, 74, bersama isterinya, Melania Trump, turut melalui permaidani merah sebelum menaiki helikopter rasmi, Marine One di halaman Rumah Putih menuju ke pangkalan udara Andrews.

“Tempoh empat tahun ini amat menakjubkan. Kami akan kembali,” katanya di hadapan ratusan penyokong sebelum menaiki pesawat Air Force One buat kali terakhir menuju Florida.

Beliau yang sebelum ini lantang mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya Presiden turut mendoakan kejayaan pentadbiran Biden.

Walaupun jurucakapnya memaklumkan Trump ada meninggalkan sepucuk surat kepada penggantinya, beliau menjadi Presiden pertama tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah penggantinya sejak 1869.

Biden dan Kamala Harris masing-masing akan mengangkat sumpah sebagai Presiden dan Naib Presiden AS di bangunan Capitol dalam beberapa jam lagi. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat