Alhamdulillah, Keputusan ‘Swab Test’ Saya Negatif – Ahmad Zahid

- Advertisement -

CYBERJAYA: Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana keputusan ‘Swab Test’ COVID-19 yang dibuat semalam adalah negatif.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran mengembirakan apabila keputusan ‘Swab Test’ yang dijalankan adalah negatif,” ucap syukur Ahmad Zahid Hamidi di media sosialnya.

Menurut Zahid, doktor telah menghubungi isterinya Datin Seri Hamidah Khamis pada jam 7.44 pagi untuk memaklumkan perkhabaran tersebut setelah menjalani pemeriksaan di Hospital Avisena, Shah Alam semalam.

Tegasnya, beliau selepas melakukan pemeriksaan telah melakukan kuarantin daripada isteri, anak-anak dan cucu dengan mengikuti SOP.

“Saya mendoakan anda semua menjaga kesihatan dan memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19,” katanya.

Terdahulu, melalui platform media sosialnya, Zahid memberitahu menjalani ‘Swab Test’ di Hospital Avinesa Shah AlaM pada Rabu, 20 Januari 2021, jam 11 pagi dan kuarantinkan diri selepas menjalani ujian calitan RT-PCR.

Ini berikutan selepas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman telah disahkan positif COVID-19.

Beberapa hari lalu, Tajuddin bertemu dengan Zahid dan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat