Menteri Indonesia Mohon Maaf, Tegas Tidak Pernah Perlekeh Bantuan Malaysia ke Aceh

JAKARTA, 20 Disember – Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, menegaskan beliau tidak pernah berniat memperkecilkan bantuan dan sokongan rakyat serta kerajaan Malaysia kepada mangsa bencana di Aceh.

Beliau berkata demikian susulan tular kenyataan bekas Menteri Luar Malaysia, Tan Sri Rais Yatim, yang meluahkan kekecewaan terhadap komen beliau yang dianggap meremehkan bantuan Malaysia.

“Saya sama sekali tidak berniat mengecilkan bantuan dan sokongan daripada saudara-saudara kita di Malaysia. Jika kenyataan saya disalah tafsir, saya memohon maaf,” kata Tito di Jakarta, Jumaat.

Tito menegaskan hubungan peribadi dan profesionalnya dengan Malaysia telah terjalin lama dan erat, termasuk dengan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Menteri Luar, serta Perdana Menteri.

Menurutnya, kenyataan beliau sebelum ini bertujuan menegaskan agar usaha besar kerajaan Indonesia, sama ada di peringkat pusat dan daerah, turut diberi pengiktirafan setimpal, meskipun banyak dilakukan tanpa liputan media.

Beliau berkata kerajaan Indonesia telah bergerak pantas sejak hari pertama bencana, termasuk menyalurkan bantuan logistik besar-besaran, menggerakkan aset udara dan laut, serta menyediakan sokongan kewangan segera kepada wilayah terjejas.

Dalam pada itu, Tito menegaskan bantuan dari luar negara, termasuk Malaysia, tetap dihargai tinggi memandangkan hubungan serumpun dan ikatan diaspora Aceh di negara tersebut.

“Penekanan saya hanya satu, iaitu usaha dalam negara juga wajar dihargai,” katanya.

Tito turut menegaskan komitmennya untuk terus menjaga hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat